Thursday, September 8, 2016

Nasi Beriani Warisan Ampangan terbaik & murah!!!

Oleh kerana aku cuti hari ni, balik lah hometown uruskan apa apa yang patut. Nak di jadi kan cerita semalam pergi umah Mak sedara aku, wife aku ada bagitahu lama tak merasa nasi minyak oleh sebab aku ni cuti rotate so nasib lah cuti tak weekend tu. Kesian kat wife aku. Tsk tsk

Mak cik sedara aku sorang ni memang kaki makan kat area Seremban ni. Lepas wife aku cakap teringin nak nasi minyak, dia terus mention pasal nasi beriani murah dekat Jalan Pantai katanya. Apa lagi kitorang pon excited lah nak merasa sebab kira lama juga tak makan. Lagi lagi orang yang belanja memang laju lah. HAHAHA

Pagi hari ni lepas settle keje kat rumah terus lah amek Mak cik sedara aku ni ke tempat nasi beriani tu. Aku nak describe location kedai ni agak susah sebab aku sendiri cari dekat Google pon masih belum ada detail pasal kedai ni. Tapi korang jangan risau kedai ni area nak menghala ke Jelebu. Kedai dia betul betul sebelah Petronas Jalan Seremban - Jelebu. So maybe korang boleh lah guna Waze ke Petronas ni yeee.

Ni pandangan dari area kedai. So harap dapat bagi panduan untuk korang ke sini

Sesampai je kedai makan, condition cuaca hujan pula. Hujan rahmat sebab dapat rezeki makan nasi beriani agaknya. HEHEHE. Macam biasa aku dari order ayam yang dah biasa makan mesti lah order kambing. Tapi malang bagi wife aku sebab dia tak makan kambing so dia order lah ayam. Rugi wehhhh tak makan kambing!!! HEHEHE

Nasi Beriani Warisan Kambing RM7 je wehhh


Nasi Beriani Warisan Ayam RM6

Amacam tengok gambar rasa nak terkam tak? HAHAHA Memang speechless lah dengan harga yang murah, portion yang ngam dengan harga & yang paling penting sekali sedap wehhhh!!! Kalau korang tak caya boleh try sendiri okay.

Ni gambaran kedai dia dari depan. Tempat makan asing dekat area aku amek gambar ni

Aku minta maaf bebanyak sebab tak dapat nak amek gambar lebih banyak sebab condition cuaca yang ak cun masa tu. Tapi bila korang dah sampai sini nanti dapat gambaran kedai dia camne. Kedai tepi jalan je dik nonnn.

Untuk lebih detail aku bagi no owner kedai dia. So kalau ada pertanyaan lebih lanjut korang boleh direct call yee.

013.442.8913 (Fadzil)
013.381.7533 (Mohd Ayob)

Ohhh ye sebelum terlupa bagitau korang, kedai ni tutup hari Jumaat sahaja. Hari biasa buka sampai nasi habis katanya. Haaa so pandai pandai la korang manage masa korang ke sini. Seeloknya wakti lunch masih steady lagi.

Okay lah sampai sini saja. Hope article ni dapat bantu korang yang food hunter tu. Gubaiiii Assalamualaikum :)

Share:

Tuesday, September 6, 2016

Resipi Keropok Lekor Mudah (Homemade)

Naaa Naaa Naaa Naaa Naaa Naaa,
Ganu kita!!!!

Haaa apa kes aku nyanyi lagu Iklim ni? Ni haa malam semalam apa entah tetiba rajin nak buat keropok lekor sendiri (akibat tak jumpa pasar malam punya hal).

Nasib lah bahan-bahan semua ada kat rumah so takde lah susah hati. Cakap banyak tak guna mehhh aku share sikit resipi cara mudah untuk buat keropok lekor ni. Tapi nak di ingat kan ni resipi untuk kuantiti yang kecil bukan besar okay.

Keropok Lekor (Ikhsan resipi dari My Wife)

Bahan-bahan:

1 mangkuk Ikan kembung / selayang. Ambil isi sahaja & buang kulit nipis & tulangnya.
1/2 mangkuk Tepung Ubi / Sagu
2 sudu makan tepung gandum 
Sedikit garam & bahan perasa (jika perlu)

Cara-cara:

1. Kisar isi ikan sampai halus menggunakan blender. Tambah sesudu dua air utk mudahkan proses mengisar.

2. Gaulkan semua bahan kering -tepung dgn garam, Masukkan dalam mangkuk isi ikan dan uli sampai jadi doh. Doh memang lembut (sangat lembut), tapi inilah yang akan menghasilkan keropok yang lembut juga & sedap -lebih isi ikan, kurang tepung. So, don't worry bhaii!

3. Didihkan air dalam periuk untuk merebus.

4. Taburkan sedikit tepung (tambahan atau lebihan dari sukatan tadi) pada tangan dan papan pencanai. Kepal sedikit doh ikan dan bentukkan memanjang. Golekkan atas papan pencanai sehingga dapat bentuk doh yang panjang. .

5. Rebus doh yang sudah dibentuk tadi sehingga masak (timbul ke permukaan air rebusan). Angkat, tos airnya dan boleh dihidang dengan sos pencicah.
*keropok lekor yg sudah direbus boleh disimpan beku. Jika tak gemar keropok lekor rebus, boleh digoreng seperti kebiasaannya.


Ni gambaran bila dah blend & then kau gaul dengan tepung ubi

Lepas dah sebati terus rebus (Maaf kualiti gambar kurang memberangsangkan)

Lepas kau dah rebus ikut suka hati kalau nak goreng terus or potong-potong kecil bagi senang makan

Haaa yang ni dah siap digoreng & siap untuk di makan

Haaa camne senang ke susah? Senang je kan. Tak rumt mana pon just kena ada minat & sabar je nak hadap buat keropok lekor ni.

Okay lah korang cuba lah resipi yang ringkas ni dari aku. Hope dapat membantu bagi korang semua. Selamat mencuba :)


Share:

Monday, September 5, 2016

Ikan Bakar Crystal Bay Alai terbaik!!!!



IKAN BAKAR ROSELIDI

Hari ni aku nak sembang pasal ikan bakar. Korang semua dah tahu punya specialty food kat Melaka selain Asam Pedas dengan masakan Baba Nyonya sudah tentu ikan bakar!!!

A week before kejadian one of my BFF inform dia nak ke Melaka. So aku ni agak excited lah juga sebab lama tak jumpa kan. Datang pon during National Day so syok lah cuti jenjalan Melaka even though aku ini kerja time Public Holiday. (Palm Face)

Pada mulanya aku tak tahu pon apa plan dia. Bila dah sampai je terus sampai kan hajat nak ajak aku makan ikan bakar. Gullllppp telan air liur lah wehhh dengan sen yang tak berapa nak meriah. Dia pon potong cakap aku dengan selamba kata dia ajak, dia lah belanja. Wahhhhhhh! Dalam hati terasa happy & agak kemaluam juga sebab member baik kau yang datang Melaka tapi dia pula yang belanja. Face Palm again..... 

Alhamdulillah murah rezeki kawan aku sorang ni. Aminnnn!

Lepas dia dah touch down Melaka (dah macam naik flight je...). Dia pon suruh lah aku usha mana kedai yang sedap. Haaa punggah kedai mana pulak aku nak suggest ni. Pening weh sebab kat Melaka ni banyak kedai nak hadap. Sedap tak sedap, murah or mahal je.

Nasib baik lah banyak connection kat Melaka ni so takde lah susah bagi aku survey dari pandangan dorang. Akhirnya aku dapat contact dari one of my friend yang bagitahu cuba try pegi kedai Kak Ros Ikan Bakar kat Alai. Hmmm aku sendiri pon tak pernah sampai Alai ni tapi lagi dekat dari Umbai. So aku pon usha usha lah sebelum bagitau member aku memang kita redah je pegi kedai ni.

Nak dijadikan cerita, hari sebelum plan makan malam before Merdeka tu aku dah kalut sakit perut effect sampai nak demam. Lepas balik kerja aku fikir larat lah tapi memang tak boleh pegi melarat sampai ke tulang sejuk dia!!!! Pergi klinik dapat MC tapi jumpa juga member aku ni yang stay kt The Straits atas sebab wife dia preggy minta kek coklat leleh wife aku. So rasa bersalah kalau tak bagi kan.

Magic tak magic nya lepas jumpa member aku sorang ni dah sampai kan hajat tak dapat follow. Tapi bila dah jumpa tetiba ada aura yang datang yang buat kan aku larat untuk follow dia malam tu. HAHAHAHA AMAZING!!!!

Macam biasa lah pergi mesti kena guna Waze kalau tak sesat nanti susah hati pulak memasing nak makan. Sampai je lokasi aku sendiri tak pasti kedai Kak Ros ni tapi Alhamdulillah mudah je nak cari sebenarnya. Korang cari je kedai no 7 mesti jumpa.


Korang boleh pilih sendiri mana

yang fresh untuk hidangan korang


Sesudah sampai tu aku terus duduk lah dengan wife aku so biar big boss pilih lauk apa dia mahu. Haaaa!!! Tenung punya tenung akhirnya dorang dah decide nak lauk apa.


Ikan ni boleh lah dikira kan sebagaimain dish. 

Tapi aku sendiri tak pasti ikan apa. HAHAHA



Sotong Tepung


Udang masak butter


Kailan ikan masin


Pada siapa yang nak makan dengan nasi

lemak dengan otak otak dah standby 

tepi meja korang nanti



Malang bagi aku malam tu sebab selera masih tak berapa nak mari lagi so tak dapat nak menjamu dengan baiknya. Walaupun dalam keadaan tak sihat bagi aku rasa bagi masakan cukup memadai.

Kalau nak sembang pasal harga maaf sesangat sebab bab bayaran dan resit aku tak tanya member aku. Kalau dapat tahu dari sumber google kira affordable price so wallahu'alam lah ye.

So aku harap dengan entry dapat lah bantu korang punya plan mana nak makan ikan bakar dekat Melaka ni. Pilih lah yang mana korang rasa okay. Sebab once kau dah sampai makan, kau memang kena hadap lah sedap ke tak dengan mahal ke murah. So pilih mana yang terbaik okay :)

Sampai disini. InsyaAllah akan ada posting yang lain. Assalamualaikum...
Share:

Sunday, August 28, 2016

D'Retro Cafe Muara Sungai Melaka!!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!!!!

Hey ho, let's go!
Hey ho, let's go!



Haaa nak dijadikan cerita tempoh hari lepas makan satay, kesayangan adalah mention nak makan bubur. Ni bukan bubur sebarang bubur tapi ini bubur turbo power punya!!!!

Aku tak tahu lah korang ni tahu ke tak kewujudan kedai bubur ni. First experience aku diperkenalkan oleh kesayangan aku. Kebetulan masa pregnant kan so dia punya mengidam lain macam. Nak tak nak aku pon cari lah kedai dia dengan gigih sungguh pon kesayangan pernah pergi tapi tak tahu macam mana nak pergi sendiri. Ahhhhhh sudah!!!!

Akhirnya macam biasa guna Waze lah kan. Tupppp sampai sudah kedai dia. Nama kedai dia D'Retro Cafe. So korang agak agak dengan nama yang ala ala retro mesti korang dapat imagine apa konsep dia. Memang retro habis lah kiranya.


Ni lah gambaran kedai dia. Amcam cool tak?
(Gambar ni ekhsan dari kesayangan... Hehehehe)



Yang ni dikira once of their deco. Nice fridge magnet. Rasa nak beli satu je!!!!

Ohhh ye untuk pengetahuan korang walaupun kedai ni berkonsepkan retro tapi jangan lah korang imagine yang orang dia pon retro habis. HAHAHA. Yang penting service memang terbaik. Ada je menu baru diperkenalkan. Memang ohsemmm lah!!

Okayyy dah cukup cerita pasal kedai ni. Ni nak sembang pasal makanan pulak. Menu utama of coz lah bubur tapi ada beberapa menu yang up to date. Ala ala hipster lah menu dia. Aku tak sempat snap gambar menu so tak dapat nak describe menu apa yang ada. Yang aku perasan the latest menu yang dorang ada "Cekodok Cheese Bakawwww". Sebab apa nama tu maybe sebab dia bakaw live punya depan customers.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut menu baru yang aku maksudkan boleh tengok sendiri dekat FB page dorang yee.

Ni haaaa aku nak tunjuk sikit bubur turbo yang aku order


-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-



Yang ni aku order Bubur Turbo Power Ayam & Daging.

Kalau korang sendiri tengok bubur ni dari segi visual tak berapa mantap tapi dari segi rasa insyaAllah korang akan berpuas hati nanti. Kalau tak caya korang boleh cuba try sendiri!!!!


-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


Alhamdulillah semua kasi licin!!!!


Haaaa bukan nak sembang lah memang habis punya. Bukan sebab lapar tapi memang sedap!!! HAHAHA dah macam promoter dah aku ini. 

So lepas ni korang memana yang nak datang Melaka tu jangan lah asyik cari Baba Nyonya Cuisine / Asam Pedas. Aku rasa korang tahu tu je lah kan? Harap info ni dapat lah korang cuba lain dari yang lain bila korang visit Melaka okay!

Hmmm aku rasa cukuplah setakat ini saja entry aku. InsyaAllah aku akan buat entry yang baru untuk masa akan datang.

Semoga korang terus tunggu entry aku yang akan datang yee. HAHAHAHA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....



Share:

Tuesday, August 23, 2016

SATAY MURAH AREA MELAKA!!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!!!


Nak dijadikan cerita, satu malam ni wife den teringin sangat nak makan sate. Tak tahu lah sebab apa teringin tu datang melanda diri dia malam tu. HAHAHA. Memandangkan den ni takde lah kata baru duk area Bachang ni tapi kira baru lah juga kalau nak cari mana kedai sate yang the best and murah area yang berdekatan kan. Memandangkan wife den ada group whatsapp "Food Delivery Melaka Only" so lagi memudahkan bagi kitorang untuk tanya yang lebih tahu sate mana yang murah dan sedap area Melaka.


Salah sorang dari group whatsapp tersebut bagitahu lah area Balai Panjang bersebelahan Petronas. melalui salah sorang dari group tersebut mention secucuk RM0.60 untuk aayam & daging. Wooowwwww!!! Tak tahu nak cakap murah or mahal tapi bagi den murah lah tu bhaii yang mana standard sekarang pon boleh cecah dalam Rm0.80 untuk ayam & daging. So den tanpa lengah lagi pegi lah cari guna Waze sebab masih samar samar lagi area Melaka ni. HEHEHEHE





SATAY WARISAN BALAI PANJANG

Tadaaaaa!!!! Akhirnya den jumpa mana lokasi ehh. Memang sangkaan den tak meleset dengan harga yang murah berbanding yang lain. So tanpa fikir panjang den order lah 15 daging & 5 cucuk ayam seperti permintaan isteri yang mana dia lebih gemar kan daging dari ayam. Tak tahu lah sebab apa tapi bagi den dua dua telan. HAHAHA. Brader yang bakar sate pon mesra alam semacam. Maybe teknik nak tarik hati customers kan. So is a good way to attract more customers!!!!


PETRONAS BALAI PANJANG


SIGNAGE BALAI PANJANG
Tuuuu gambaran untuk sesiapa yang nak ke sana nanti. Ohhhh ye FYI ada dua petronas bertentangan. Petronas ni yang menghala ke Melaka Sentral ye bukan menghala ke Alor Gajah. Tapi kalau korang dari arah ke Alor Gajah lepas Shell & Petronas ada flight over so get ready himpit kiri untuk u-turn. Once dah u-turn Petronas tu belah kiri dan Satay Warisan bersebalahan je siap ada kerusi dan meja pada sesiapa yang nak makan situ. Kitorang bungkuih yoo sebab rasa lebih selesa makan di rumah. HEHEHE


TADAAAAA!!!


DIHIDANG DENGAN TIMUN & BAWANG


UNTUK RM0.60 SECUCUK CUKUP MEMADAI!


JEMPUT MAKAN!!!!

Haaaa amacam nampak menyelerakan tak? HIHIHI Alhamdulillah kitorang berpuas hati dengan service & juga makanan yang di jual oleh mereka. Dengan harga yang murah tak boleh lah nak expect lebih kan so bersyukur ke hadrat Illahi. Kitorang tak order nasi impit sekali sebab sebelum makan sate kami dah makan lain so takut tak habis makan nanti. HAHAHA

So sekian sahaja entry daripada den. Ohhh ye just nk inform ni adalah first entry dari den. InsyaAllah kalau ada rezeki akan update untuk masa akan datang. Tq for ur support. Gituuuuuu!

Errrrr terlupa. Pada sesiapa nak pergi ke Satay Warisan Balai Panjang, Melaka.  Waktu operasi setiap malam kecuali hari Isnin depa cuti. So jangan memandai pegi hari Isnin okay. HEHEHE

Sekian sahaja entry daripada den. Nantikan entry yang akan datang.

Gubaiiiii korang!!!! Assalamualaikum...




Share: