Saturday, September 24, 2016

Nasi Ayam Bonda terbaik di Bachang!!!!

Bagi korang yang tercari-cari nasi ayam the best in Melaka aku suggest korang pergi Nasi Ayam Bonda di Bachang.

Walaupun rumah aku dekat je dengan gerai ni tapi aku tak berapa nak menyinggah oleh kerana kerja dan kalau cuti kebiasaan aku akan balik kampung di Pedas.

So luckily cuti tak balik oleh sebab fokus delivery kek so adalah kesempatan untuk ke gerai Nasi Ayam Bonda ni.


Ni map ke Nasi Ayam Bonda Bachang

Korang boleh refer dekat map kat atas ye. FYI, laluan untuk ke gerai ni betul-betul main road nak ke town/Batu Berendam. So korang akan mudah jumpa gerai ni. Nak lebih detail signage refer gambar dibawah (Signage kuning: Menjual Kambing Akikah & Korban).

Ni gambaran lokasi gerai Nasi Ayam Bonda


Korang boleh view Menu direct depan gerai

Seperti yang korang boleh view gambar diatas menu untuk gerai ni. Setakat ni aku baru rasa Nasi Ayam biasa sebab nama pon gerai Nasi Ayam Bonda so kena lah try nasi ayam nya dulu kan. Bagi yang biasa RM5.50 (bagi korang yang nak rasa special boleh order dengan harga RM10)

Satu set Nasi Ayam Bonda biasa  


Hiasan pada nasi ayam dengan hirisan karot & timun


Specialties adalah terletak pada sos nasi ayam


Harga minuman agak reasonable dengan harga pasaran sekarang (aku tak sempat nak amek gambar tapi untuk gambaran aku order air barli disediakan dengan cawan yang besar).

So pada sesiapa yang plan nak datang ke Melaka boleh lah cuba Nasi Ayam Bonda. Korang akan tahu sendiri bila dah cuba.

Ohhh ye waktu perniagaan bermula 9.30 am - 4.30 pm. (tutup pada hari Jumaat)

Untuk tempahan & pertanyaan korang boleh direct call 012.561.9498

Selamat mencari & mencuba :)


Share:

0 comments:

Post a Comment