Mak cik sedara aku sorang ni memang kaki makan kat area Seremban ni. Lepas wife aku cakap teringin nak nasi minyak, dia terus mention pasal nasi beriani murah dekat Jalan Pantai katanya. Apa lagi kitorang pon excited lah nak merasa sebab kira lama juga tak makan. Lagi lagi orang yang belanja memang laju lah. HAHAHA
Pagi hari ni lepas settle keje kat rumah terus lah amek Mak cik sedara aku ni ke tempat nasi beriani tu. Aku nak describe location kedai ni agak susah sebab aku sendiri cari dekat Google pon masih belum ada detail pasal kedai ni. Tapi korang jangan risau kedai ni area nak menghala ke Jelebu. Kedai dia betul betul sebelah Petronas Jalan Seremban - Jelebu. So maybe korang boleh lah guna Waze ke Petronas ni yeee.
Ni pandangan dari area kedai. So harap dapat bagi panduan untuk korang ke sini |
Nasi Beriani Warisan Kambing RM7 je wehhh |
Nasi Beriani Warisan Ayam RM6 |
Ni gambaran kedai dia dari depan. Tempat makan asing dekat area aku amek gambar ni |
Untuk lebih detail aku bagi no owner kedai dia. So kalau ada pertanyaan lebih lanjut korang boleh direct call yee.
013.442.8913 (Fadzil)
013.381.7533 (Mohd Ayob)
Ohhh ye sebelum terlupa bagitau korang, kedai ni tutup hari Jumaat sahaja. Hari biasa buka sampai nasi habis katanya. Haaa so pandai pandai la korang manage masa korang ke sini. Seeloknya wakti lunch masih steady lagi.
Okay lah sampai sini saja. Hope article ni dapat bantu korang yang food hunter tu. Gubaiiii Assalamualaikum :)
0 comments:
Post a Comment