Bila dah petang je tekak mesti teringin nak pekene sejuk-sejuk kat tekak ni. So kitorang dah kat kampung ni alang-alang singgah lah Restoran Cendol Madu Rembau bersebelahan sungai. Korang boleh refer map dekat bawah untuk pergi ke lokasi.
Hadapan Gerai Cendol Madu Rembau |
View dekat gerai Cendol Madu Rembau |
Tagging no meja |
Aku pada mula nak makan cendol je tapi memandangkan dah petang and on the way balik Melaka alang-alang order makan berat terus. Punya lama aku fikir nak makan apa kesudahannya aku decide nak makan kuey teow goreng.
Kuey Teow Goreng terbaik!!! |
Cendol Kacang |
FYI, cendol dorang hidang dengan cawan. So aku rasa lagi mudah untuk dorang lepas guna buang berbanding guna mangkuk dan basuh semula. Jimat dari segi masa mungkin. Kalau tak silap ada cawan besar dan kecil. Malang aku tak berapa clear so aku order yang biasa punya. Cukup lah tu kan dari tak dapat minum. Hehehe
Cucur udang |
Bila dah makan reramai so selera tu ada je nak masuk dalam tekak ni. So mak aku pon kata kita order lah cucur udang. Tapi malangnya tauhu lebih banyak dari cucur udang. Kuah pon kalau dapat banyak sikit lebih umphhhh. Kalau ikut overall, nice lah.
Sebelah gerai Cendol Madu ni ada Gerai Pak Din Sate yang mana dorang pon ada menu-menu lain selain dari yang sedia ada di gerai Cendol Madu. Special dish mesti sate kalau tak mesti guna nama lain kan. Hahaha
Wife & mak aku pon order lah laksa yang mana memang kedai Pak Din Sate yang jual. Rasa dia marvelous, tip top dan kaw punya rasa laksa dia.
Laksa Penang |
So sesiapa yang dari Tampin menghala ke Seremban or dari Seremban menghala ke Tampin boleh lah singgah gerai ni. Kalau perut ni banyak muatan sure korang nak try menu yang lain pada hari yang sama, Hahaha
Next time insyaAllah akan cuba pergi malam hari nak merasa sate Pak Din. Jumpa lagi pada entry yang seterusnya guys :)
0 comments:
Post a Comment