Hari cuti tapi kitorang masih bekerja buat kek & juga delivery. Betul-betul mencabar & menyeronokkan. Bila dah terlalu busy, nak basuh baju pon tak dan. Kebetulan hantar kek customer dari Kesidang terjumpa laundry ni dalam perjalanan. Mujur tak jauh dekat saja so lepas buat delivery boleh lah settle kan kain baju yang melambak (Gara-gara takde mesin basuh lagi... Hehehehe)
|
Bahagian tepi (Menghadap main road)
|
Address:
Taman Anika,
75250 Malacca, Malaysia
Actually dah lama kitorang tak pegi laundry atas sebab kalau balik kampung kitorang akan bawa timbunan baju-baju kotor basuh dekat rumah abah. Hahaha. So agak terkejut bila sampai takde vendor machine untuk sabun (panik sekejap sebab memang tak bawa sabun sekali). Rupa-rupanya kat sini memang dah sediakan sabun percuma siap guide berapa sudu untuk setiap kali basuhan (guide untuk sabun aku terlupa nak snap gambar). Tapi malang bagi kitorang terlupa bawa softener dari rumah. Hahaha
|
15KG & 27KG
|
|
12KG
|
|
Dryer 13KG & 20++KG
|
Kalau korang membawa baju basuhan yang banyak jangan risau dorang sediakan bakul dan penarik bagi memudahkan korang membawa tanpa angkat dengan keadaan yang berat. Aku sarankan mana yang bawa basuhan banyak better guna 27KG untuk satu basuhan. Bagi mana yang nak asingkan basuhan boleh lah ikut kuantiti yang korang nak guna.
Sementara menunggu basuhan korang jangan risau. Dorang sediakan waiting area yang sangat besar bagi aku. Bagi yang bawa anak-anak juga dorang sediakan playground so boleh lah anak-anak menghabiskan masa dorang dengan bermain. Haaa bagi kita yang bapak-bapak mak budak ni don't worry. Dorang juga sediakan mesin urut untuk relax (serious syok urut mencengkan sampai ke tulang. Betul-betul berbeza dengan tempat lain). Bagi yang khuatir dengan keselamatan usah risai dimana mereka juga menyediakan cctv untuk pemantauan.
|
Waiting area
|
|
Waiting area
|
|
Playground
|
|
Kids arcade
|
|
Massage chair
|
|
Fans
|
|
CCTV & Signage
|
Bagi yang basuh di tengah malam juga don't worry oleh sebab dorang juga sediakan Vending Machine. Korang boleh lah pilih air yang mana untuk diminum. Bagi yang nak kan air kosong better sediakan botol kosong sebab terdapat water dispenser untuk korang refill.
|
Vending Machine
|
|
Water dispenser
|
Dan satu lagi jangan risau dan khuatir sekiranya kalau perut korang meragam. Hahaha. Dorang ada sediakan toilet (malangnya hanya satu sahaja). Dimana korang kena guna duit 50sen untuk 15 minit (pandai cari duit & merisaukan bagi yang termenung lama.... hehehe)
|
Toilet dibelakang
|
|
Step untuk guna toilet berbayar
|
|
Cahsier box untuk toilet
|
Sekian lama tak guna self service laundry so jadi jakun & excited bila sampai dekat sini. Hehehe. So memana korang yang dekat dan tak sempat untuk basuh oleh kerana busy kerja boleh lah cuba datang ke sini.
Sekian untuk entry kali ni :)
0 comments:
Post a Comment