Monday, September 5, 2016

Ikan Bakar Crystal Bay Alai terbaik!!!!



IKAN BAKAR ROSELIDI

Hari ni aku nak sembang pasal ikan bakar. Korang semua dah tahu punya specialty food kat Melaka selain Asam Pedas dengan masakan Baba Nyonya sudah tentu ikan bakar!!!

A week before kejadian one of my BFF inform dia nak ke Melaka. So aku ni agak excited lah juga sebab lama tak jumpa kan. Datang pon during National Day so syok lah cuti jenjalan Melaka even though aku ini kerja time Public Holiday. (Palm Face)

Pada mulanya aku tak tahu pon apa plan dia. Bila dah sampai je terus sampai kan hajat nak ajak aku makan ikan bakar. Gullllppp telan air liur lah wehhh dengan sen yang tak berapa nak meriah. Dia pon potong cakap aku dengan selamba kata dia ajak, dia lah belanja. Wahhhhhhh! Dalam hati terasa happy & agak kemaluam juga sebab member baik kau yang datang Melaka tapi dia pula yang belanja. Face Palm again..... 

Alhamdulillah murah rezeki kawan aku sorang ni. Aminnnn!

Lepas dia dah touch down Melaka (dah macam naik flight je...). Dia pon suruh lah aku usha mana kedai yang sedap. Haaa punggah kedai mana pulak aku nak suggest ni. Pening weh sebab kat Melaka ni banyak kedai nak hadap. Sedap tak sedap, murah or mahal je.

Nasib baik lah banyak connection kat Melaka ni so takde lah susah bagi aku survey dari pandangan dorang. Akhirnya aku dapat contact dari one of my friend yang bagitahu cuba try pegi kedai Kak Ros Ikan Bakar kat Alai. Hmmm aku sendiri pon tak pernah sampai Alai ni tapi lagi dekat dari Umbai. So aku pon usha usha lah sebelum bagitau member aku memang kita redah je pegi kedai ni.

Nak dijadikan cerita, hari sebelum plan makan malam before Merdeka tu aku dah kalut sakit perut effect sampai nak demam. Lepas balik kerja aku fikir larat lah tapi memang tak boleh pegi melarat sampai ke tulang sejuk dia!!!! Pergi klinik dapat MC tapi jumpa juga member aku ni yang stay kt The Straits atas sebab wife dia preggy minta kek coklat leleh wife aku. So rasa bersalah kalau tak bagi kan.

Magic tak magic nya lepas jumpa member aku sorang ni dah sampai kan hajat tak dapat follow. Tapi bila dah jumpa tetiba ada aura yang datang yang buat kan aku larat untuk follow dia malam tu. HAHAHAHA AMAZING!!!!

Macam biasa lah pergi mesti kena guna Waze kalau tak sesat nanti susah hati pulak memasing nak makan. Sampai je lokasi aku sendiri tak pasti kedai Kak Ros ni tapi Alhamdulillah mudah je nak cari sebenarnya. Korang cari je kedai no 7 mesti jumpa.


Korang boleh pilih sendiri mana

yang fresh untuk hidangan korang


Sesudah sampai tu aku terus duduk lah dengan wife aku so biar big boss pilih lauk apa dia mahu. Haaaa!!! Tenung punya tenung akhirnya dorang dah decide nak lauk apa.


Ikan ni boleh lah dikira kan sebagaimain dish. 

Tapi aku sendiri tak pasti ikan apa. HAHAHA



Sotong Tepung


Udang masak butter


Kailan ikan masin


Pada siapa yang nak makan dengan nasi

lemak dengan otak otak dah standby 

tepi meja korang nanti



Malang bagi aku malam tu sebab selera masih tak berapa nak mari lagi so tak dapat nak menjamu dengan baiknya. Walaupun dalam keadaan tak sihat bagi aku rasa bagi masakan cukup memadai.

Kalau nak sembang pasal harga maaf sesangat sebab bab bayaran dan resit aku tak tanya member aku. Kalau dapat tahu dari sumber google kira affordable price so wallahu'alam lah ye.

So aku harap dengan entry dapat lah bantu korang punya plan mana nak makan ikan bakar dekat Melaka ni. Pilih lah yang mana korang rasa okay. Sebab once kau dah sampai makan, kau memang kena hadap lah sedap ke tak dengan mahal ke murah. So pilih mana yang terbaik okay :)

Sampai disini. InsyaAllah akan ada posting yang lain. Assalamualaikum...
Share:

2 comments:

  1. Alhamdulillah la tk jd masalah waktu saudara makan, tp sewaktu saya pergi ke kedai ini utk menikmati ikan bakar yg dicanang sedap, tp amat menduka cita kan akan layanan mereka, dah la tk dpt mkn sbb kesilapan pengurusan kedai, sewaktu saya complain pd owner kedai, owner blh bgtau awak tk order dgn saya awak order dgn suami saya... Astagfirullah... Mcmane la meniaga.... Dah la nasi lemaknya jelantah (mentah) itu tak pulak saya complain sbb tk teringat... Maklumla tgh lapar.... Malah waktu saya nk berlalu pergi selepas membayar, saya dengar salah seorg pekerja mereka mengejek2 kami sewaktu berlalu pergi.... Amat menyedihkan... Balik kg sesekali nk merasa ikan bakar... Onar jdnye

    ReplyDelete
  2. Caesars Casino & Hotel Las Vegas - Mapyro
    Compare and book 경산 출장안마 Caesars Casino & Hotel Las 김포 출장마사지 Vegas in Las Vegas. View map, 밀양 출장샵 reviews and discounts for AAA/AARP 김해 출장마사지 members, seniors, groups 김포 출장마사지 & military.

    ReplyDelete