Ganu kita!!!!
Haaa apa kes aku nyanyi lagu Iklim ni? Ni haa malam semalam apa entah tetiba rajin nak buat keropok lekor sendiri (akibat tak jumpa pasar malam punya hal).
Nasib lah bahan-bahan semua ada kat rumah so takde lah susah hati. Cakap banyak tak guna mehhh aku share sikit resipi cara mudah untuk buat keropok lekor ni. Tapi nak di ingat kan ni resipi untuk kuantiti yang kecil bukan besar okay.
Keropok Lekor (Ikhsan resipi dari My Wife)
Bahan-bahan:
1 mangkuk Ikan kembung / selayang. Ambil isi sahaja & buang kulit nipis & tulangnya.
1/2 mangkuk Tepung Ubi / Sagu
2 sudu makan tepung gandum
Sedikit garam & bahan perasa (jika perlu)
1 mangkuk Ikan kembung / selayang. Ambil isi sahaja & buang kulit nipis & tulangnya.
1/2 mangkuk Tepung Ubi / Sagu
2 sudu makan tepung gandum
Sedikit garam & bahan perasa (jika perlu)
Cara-cara:
1. Kisar isi ikan sampai halus menggunakan blender. Tambah sesudu dua air utk mudahkan proses mengisar.
2. Gaulkan semua bahan kering -tepung dgn garam, Masukkan dalam mangkuk isi ikan dan uli sampai jadi doh. Doh memang lembut (sangat lembut), tapi inilah yang akan menghasilkan keropok yang lembut juga & sedap -lebih isi ikan, kurang tepung. So, don't worry bhaii!
3. Didihkan air dalam periuk untuk merebus.
4. Taburkan sedikit tepung (tambahan atau lebihan dari sukatan tadi) pada tangan dan papan pencanai. Kepal sedikit doh ikan dan bentukkan memanjang. Golekkan atas papan pencanai sehingga dapat bentuk doh yang panjang. .

5. Rebus doh yang sudah dibentuk tadi sehingga masak (timbul ke permukaan air rebusan). Angkat, tos airnya dan boleh dihidang dengan sos pencicah.
*keropok lekor yg sudah direbus boleh disimpan beku. Jika tak gemar keropok lekor rebus, boleh digoreng seperti kebiasaannya.
Ni gambaran bila dah blend & then kau gaul dengan tepung ubi |
Lepas dah sebati terus rebus (Maaf kualiti gambar kurang memberangsangkan) |
Lepas kau dah rebus ikut suka hati kalau nak goreng terus or potong-potong kecil bagi senang makan |
Haaa yang ni dah siap digoreng & siap untuk di makan |
Okay lah korang cuba lah resipi yang ringkas ni dari aku. Hope dapat membantu bagi korang semua. Selamat mencuba :)
0 comments:
Post a Comment